Sunday, March 6, 2011

FAHMY @ SINGAPORE : A SHORT JOURNEY ( PART 1 )

Kalau tengok gambar jer takde cite tak best gakk kan. Okeh!, Aku nk cite pasal short trip aku sorang-sorang g singapore, Aku mmg suke berjalan sorang, kat semenanjung nie jer aku dah abis round dari Johor sampai la ke Perlis nun cume Sabah & Sarawak jer blom, coming soon kot.hehe.

Kebetulan aku baru balik dari Bangkok, duit elaun training ade lagii kan so tak tau nk buat ape ngan duit tu so aku masih lg kt umah sewa aku kt Desa Pandan,K.L (pondan,hehe),then terdetik la kt hati nk balik J.B sebab tak jume lg parent sbb baru balik oversea kann (cehhhwahhh) ade la sikit ole-ole dari bangkok nk kasi kt family. Tu la antara sebabnye aku nk balik J.B. Then da sampai J.B, terdetik la hati nk ke negara jiran iaitu singapore. Pagi tu plan, pagi tu gak pegi. Untuk pengatahuan kawan-kawan, dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. Cari platform 12 & 13, bas untuk ke Singapore ialah 170. Tu memang bas Singapore (SBS) yang ulak-alik dari Larkin, JB ke Queenstown (SG).

Suasana dalam bas SBS transit, Bersih & kondusif.cewahhhh
Tambang bas dari Larkin ke Kranji MRT Station ialah RM1.50 sahaja.Bila dah bayar, sila simpan resit kerana akan digunakan lagi. Kalau ada Ezlink(macam kad touch and go), kena sentuh pada alat khas untuk proses penolakan duit. perlu disentuh sewaktu naik dan turun. Bila bas dah gerak, ia akan menuju ke Jalan Bandar dan seterusnya melalui jalan ke Stulang. Checkpoint pertama adalah di CIQ Johor. Turun bas dan naik eskalator. jika pintu pengesan passport automatik berfungsi, boleh terus ke sebelah kiri. masukkan passport anda ke dalam ruang yang disediakan dan tunggu sebentar. kalau offline kenalah beratur. buat cara manual. jangan lupa beg plak ye,jangan tinggal dalam bas. bila dah settle, terus jalan hingga hujung dan turun platform A untuk naik bas 170 tadi. bas akan datang tanpa henti. tak semestinya kita kena naik bas 170 yang sama. as long as bas tu nombor 170 dan resitnya masih disimpan, boleh terus naik. bas akan bergerak menuju ke Causeway Checkpoint. Kita akan melalui Tambak Johor. Bila bas berhenti terus naik eskalator dan beratur.

Jalan masuk untuk ke bangunan Sultan Iskandar
Kalau tak ada kad putih (white card), boleh minta di office dan tulis dahulu. kad tu macam form. just perlu isi maklumat seperti dalam passport kita. selepas passport dicop, kita akan diperiksa rapi. pastikan tiada alat elektronik seperti handphone dalam kocek. masukkan semua dalam beg atau bakul yang disediakan. setelah selesai, turun eskalator dan cari ruang beratur untuk bas 170. kita sudah berada di Singapore sekarang. naik bas dan turun di Kranji MRT Station. dari Kranji MRT Station, anda boleh ke mana sahaja. Orchard, City Hall, Geylang, Sentosa Island, Downtown East (Pasir Ris) dan banyak lagi. harga Ezlink sementara pun murah. paling mahal $2.00 sehala. Cara lain pun ada,naik flight atau naik train..

Untuk balik dari Singapore,boleh juga naik SBS bas 170 sama cara seperti tadi daripada Ban San Terminal,Singapore ke Perhentian Bas Larkin. Masa SBS bas ni gerak setiap 15minit dari pukul 6pagi hingga 12tengah malam. Tambang dari Singapore S$1.20 dan mengambil masa 1jam untuk sampai ke Johor. Selain itu,ada lagi 1bas iaitu Singapore-Johor Express(air-cond), bas ni pula gerak setiap 10minit dari pukul 6.30pagi hingga 11.30malam. Tambangnya pula S$2.40 dan ada bayaran tambahan untuk luggage.

Jalan masuk untuk ke bangunan Sultan Iskandar
pemandangan Complex CIQ Sultan Iskandar, J.B dari flyover stulang


Wednesday, March 2, 2011

2 Years Past : 2 Tahun Tanpa Rehat



Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2009
Pingat Emas (Bidang Teknologi Rekabentuk Grafik)

Pertandingan Inovasi MARA Se-Malaysia 2009
Anugerah Emas Ketegori 'Reverse Engineering'

Pertandingan Rekacipta & Inovasi Malaysia Innovatif 2010 Zon Utara
Anugerah Emas Ketegori 'Pereka Muda'

8th ASEAN Skills Competition 2010, Bangkok, Thailand
494 Point, 4 point lagi nk 'World Standard' Bidang Graphic Design
(Tapi sangat puas hati sebab dapat bersaing dengan negara lain)

Kejayaan nie bukan atas usaha aku sorang ye, tanpa kawan-kawan aku takkan dpt semua tu. So kawan-kawan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang itu. Thanks kerana bagi aku moral support yang mmg best lahhhh. Tak lupa jugak adik-beradik aku & abang-abang ipar aku yang menyokong aku dari belakang. Dan lagi satu aku nak bagi tau, 'SIFU' aku yang selame nie mendidik aku dari segi pelajaran & sikap iaitu En. Mulyadi & Pn. Maz (gambar no.2 dari atas) yang serba boleh. Diorang memang best, banyak ilmu aku korek dari diorang.hehehe. Terima kasihh Cik & Puann. Ape yang aku harapkan selepas nie adelah kejayaan aku nie berterusan hingga ke liang lahat (cehhhhhhh).AMIN!!

Credit to : En Adi & Pn Maz, Fettry, Ubai, & Fazley