Tuesday, May 10, 2011

FAHMY @ SINGAPORE : A SHORT JOURNEY ( PART 2 )

Lame aku tangguh untuk nak tulis topik nie, asik bz jer. Okeh, sambung balik cite short journey sorang-sorang aku nie. Setibanye kat stesen Kranji MRT nie, korang bole la g kat mesin beli tiket (ala, mcm mesin nak naik PUTRA kat KL Sentral 2), ikot la kemane korang nak pegi, korang bole semak tambang perjalanan korang kat SMRT punye website sebelum memulakan 'journey' korang. Destinasi pilihan aku ialah 'Marina Bay', stesen MRT paling akhir dalam 'North South Line'. Sesiape yang belum try naik MRT, anda bole try naik untuk perjalanan anda selain dari pengangkutan awam yang lain. Kalau sebelum nie korang naik PUTRA, STAR or KTM then korang naik MRT, suasane die agak berbeza kerane ruang dalam die agak besar sedikit dan selesa untuk bergerak. So kurang sikit nak bersesak-sesak mase nak turun or naik MRT  nie. Separuh dari track MRT yang ke Marina Bay ialah bawah tanah 'underground' (kalau naik PUTRA, dari stesen Kg.Baru sampai Ampang Park jer underground, rase mcm skejap bwh tanah, tapi nk ke Marina Bay nie punya lah lame bwh tanah. hek hek)

Stesen Kranji


Video yang sempat aku rakam (:

Friday, May 6, 2011

ISLAM.MELAYU.KOMUNIS

Kadang-kadang kita tak bole dengar cerita sejarah dari sumber 'mainstream' jer, kita kene gak cari dari sumber selain dari sumber 'mainstream' kerana kadang-kadang sumber tersebut sudah diputar untuk mengaburi mata orang lain tentang sesuatu yang buruk yang dilakukan oleh seseorang itu. Situasi nie berlaku juga berlaku pada zaman sekarang nie cuma bezanya skang nie adanya media massa yang di 'control' untuk mengaburi mata masyarakat. Korang pon bole menilai mane yang baik dan mane yang buruk, mane yang betul mane yang salah, dan mane yang relevan dan disebaliknya. Buku yang kat bawah nie sedikit sebanyak menghuraikan dan menjelaskan ape yang selama nie mengaburi fikiran masyarakat, korang baca dan nilai lah sendiri apa yang terkandung dalam buku nie. Cari la kat mana-mana kedai buku yang jual buku nie, buku nie pon aku jumpa kat kedai buku masa aku travel kat kelantan tahun 2009 dulu. Kat bawah nie antara isi-isi yang menarik bagi aku(sebenarnye banyak lagi yang menarik, hehe). RAKYAT KEDEPAN!